11.2.12

gagah

angkuh, riak, takbur, terasa besar. GAGAH. tahukah kamu sifat siapa sebenarnya itu? sememangnya manusia tidak akan pernah dapat menjangka betapa hinanye diri mereka. apabila di katakan manusia adalah makhluk sebaik2 ciptaan. namun begitu, apakah mereka sebenar-benarnya manusia? atau syaitan bertopengkan manusia? astaghfirullahalazim. nauzubillahimin zalik!

sesungguhnya, manusia akan senantiasa buta akan melihat. jika tidak terbukanya mata hati mereka menuju ke arah kebenaran, maka selama-lamanyalah manusia itu buta.

berat hati, berat badan, berat, semua pun berat. tidak tercapai dek akalmu wahai manusia, dan janganlah lagi engkau mendustakan nikmat yang ada.

warisan generasi berzaman,

" yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa "

:)

7.2.12

kisah dulu-dulu

setiap makhluk yang bergelar manusia mesti ada kisah yang terdahulu. ada yang manis, ada juga yang pahit. ada yang kita nak ingat sampai bila2, ada yang kita nak lupakan secepat yang mungkin. kisah2 kehidupan inilah yang menjadi rencah kehidupan lalu membentuk diri kita yang seadanya hari ini. banyak perkara yang berlaku dalam hidup, saat yang lepas dah pun menjadi sejarah dalam hidup kita. saat yang akan datang, siapa yang tahu apa yang akan kita lalui? dan setelah bersaat-saat yang berlalu, semua tu hanyalah sejarah kehidupan.

  • zaman kecil2, semua orang suka, nak peluk, nak suap, nak mandikan, pkaikan baju, belajar berjalan... semua pun sayang, sebab kecik lagi, comel. di sukai ramai! huhu...
  • bile dah zaman pandai cakap, masukkan tadika, 5-6 tahun dah jumpe kawan2 sebaya yang baru. dunia di terokai dengan penuh gembira xD...
  • masuk pula zaman persekolahan, ini zaman kematangan, bermacam2 dugaan yang dilalui di zaman ni, zaman yang membentuk kenangan2 manis dan pahit. zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman sekolah berasrama, semua tertulis dalam warkah kehidupan. seronok buat kerja gila dengan kawan2. belajar perkara baharu, peperiksaan, banyak benda terjadi di sekeliling kita. zaman sekolah menengah dah mula nak pandai2 bercinta. suka sini, suka sana, then putus. jadi sejarah je.
zaman universiti, pekerjaan, dan alam keluarga belum lagi aku lalui, harapnya sentiasa di limpahi rahmat dan petunjuk dari Allah~ harap aku tak hanyut, sesat dari jalan kini. 

mesti dalam banyak2 zaman yang pernah dilalui, hanya satu zaman yang paling kita ingati, zaman remaja, penuh suka duka, percintaan, cinta pertama, semua orang ingat mcm mane. bahagie je... asyik senyummmemanjang... handset kat tgn x lepas2, duk main sms je. pastu abes, tau2 dah tuka orang. 

sejujurnya, aku memang senantiasa ingat perkara ni, walaupun dah lapuk dek zaman, sebab kitorang dua2 dah melangkah zaman baru, orang baru, tapi sejarah tu memang segar n xpena lapuk dek zaman. aku masih ingat setiap kali jumpa, terserempak, terpisah, bergaduh, putus. semua tu x penah lekang dari ingatan. pastu berjanji dgn diri sendiri, dah tanak couple dah, benci! rasa macam bodoh je! tup2 dah jumpe orang baru, janji dengan dia, sama sampai bila2. tau2 putus. alah, biasalah tu, tapi kalau jodoh berpanjangan tu InsyaAllah kekallah zampai bila2. 

so, teman2 seperjuangan ku sekalian, sambil kita layari bahtera kehidupan ni, sama2 lah kita kutip sebanyak2 pengajaran dalam hidup supaya x hanyut atau menyesal bile dah terlepas satu perkara. tabah lalui setiap saat dan detik perjalanan hidup kita. semua pn akan jadi sejarah dalam hidup kita~ jodoh pertemuan di tangan tuhan, bertemu dan berpisah adat manusia biasa. semoga pertemuan kita sekali ini berkekalan sampai bila2.



"Bertemu dan berpisah 
Adat manusia biasa
Hilang di mata
Tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar
Aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi
Di lain masa..."



Ukhuwah fillah!!! :)

4.2.12

kurus tu cantik?

Kebanyakan wanita diluar sana nakkk sangat jadi kurus, bagi mereka, wanita yang memiliki tubuh badan yang langsing adalah cantik. Oleh itu, mereka akan berdiet untuk menjaga berat badan dan sebagainya. Ada juga yang dah kurus, nak lagi kurus, err, sebenarnya ini adalah penyakit mental yang dinamakan Aneroksia Nervosa. Contoh badan2 mereka yang ade penyakit pental ni mcm modell kat ats uh, ehh, bukan budak Africa kat seblah tu ehh,,, hehe... itu namenya kurang makanan. Aneroksia ni di kelaskan sebagai penyakit mental tau, sebab, bagi orang2 yang mengidap penyakit ni, mereka anggap badan mereka yang kurus itu gemuk. Then diorang tak puas hati dengan 'kegemukan' dorang tu, plus nak kurus lagi. Selalunya model la yang mengalami masalah ni.


Gambar atas ni menunjukan contoh Aneroksia. Badan sebenar pompuan uh punye la tinggal tulang je, aku pn geli nk nengok, tp bile dorang tengok cermin, dorang nampak yang dorang gemuk. Gitu lah lebih kurang permasalahnnya. Tapi kan, aku rasa gambar orang yang dlm cermin ue lagi lawa kott dari yang kurus kering ni... Korang rase? Mana lagi lawa? hehe...

Bagi sesetengah pendapat, memanglah kurus itu baik untuk kesihata, tapi kalau dah kurus melampau tu elok lagi ke? nak2 plak mengidap Aneroksia ni, haih, susah dek~ So, selagi korang rase nk makan tu, makan je... Tapi janganlah plak makan mcm tgah dlm pertandingan sape makan paling banyak tu. makan sekadar nak alas perut and elakkan lapar. Ingat, makan untuk hidup~ bukan hidup untuk makan okay dears~
;)

revolusi @ ilusi ?



Sejak naik tahun baru ni kerajaan byk ajak rakyat ke arah perpaduan la, kemajuan, sume la... Bermulanya program 1 Malaysia by Najib, banyaklah aktiviti-aktiviti yang di jalankan sana sini untuk rakyat. Itu sudah jelas, semestinya kita rakyat Malaysia sume sedar pasal nie. Then, bile nak dekat PRU mule la salahkan sana, salahkan sini, tak cukup itu, tak cukup ini, kerajaan tampil membantu, pembangkang goyah, rakyat di dahulukan, Najib turun padang, sumbangan kepada penduduk kampung ni, kampung sana, pembangunan. Banyaknya revolusi yang kerajaan Malaysia dah lakukan. Tahniah Kerajaan Malaysia! 

Tak kurang juga mata2 mereka yang telah di kaburi dengan cerita2 palsu dan kebaikan semata mata untuk mengaburi mata rakyat, namun rakyat kini dah boleh melihat. Kita boleh jangka berita itu palsu atau tidak. untuk kes terbaru, tentang pembebasan Anwar Ibrahim, dulu tuduh punyalah nak ghak, bukti sana, bukti sini, hot2 kes tu terbongkar plak pasal Najib dgn budak yg kene liwat uh ade kaitan, bersalam plak. Kantoi~ Pastu kerajaan pon cover2, kes Altantuya pon di tutup dgn pelancaran 1 Malaysia... Simpan2 kes kerajaan, sampai masa perbicaraan, tup2 Anwar bebas, ehh, tak hot plak tuduhan melulu kerajaan dulu? senyap jerr? ohh... menipu upenye. Ok, itu ilusi. Takpe lah kan, janji 'revolusi' kerajaan meng'ilusi'kan rakyat dah berjaya. Tambah lagi ilusi kepincangan politik pembangkang, besarkan berita tu, Anwar plak dah elok2 bebas, aduh, buat plak hubungan dengan Israel ek? Ntah, aku pn tak jelas. Revolusi apanya ni wahai negara?

Politik pn tak cukup stabil, tambah plak kewarganegaraan, wah2, ramai tol mendaftar, x pasal2 serang hendap karang, siapa boleh jangka? Slogan 'Ganyang Malaysia' dah kedengaran balik, takkan lah nak jadikan ilusi semata? Aku bukannya nak bahas pasal negara, politik whatsoeva pon, juz concern, dengan kepelbagaian dan kekayaan budaya kat Malaysia ni. Aku as rakyat Malaysia memang tabiklah bagi pemimpin2 kita yang berjaya merevolusikan negara ke arah yang lebih baik. tapi tolonglah jangan satukan revolusi dan ilusi, ia hanya memburukkan reputasi negara di mata dunia bukan? Hope pasni kerajaan tak terbitkan sebarang ilusi dalam merealisasikan revolusi yang telah dicipta bersama... :)

p/s: err...tak bercita2 lgsung nk jd politician..+.=''

3.2.12

hobi baru :)


Kebelakangan ni, aku ade cube hobi baru tau, agak interesting la jugak... ni ha, gamba atas ni, tau x amende? ha, namenye KIRIGAMI. aku blaja kat you tube jela. tapi siyez interesting. Kirigami ni mcm adek beradik Origami jgak la, cume origami lipat2, tp kirigami ni lipat + potong. senang cakap pop-up card. Kirigami ni seni kertas yang berasal dari jepun. Dalam bahase Jepun, 'Kiru' = potong, juga di panggil 'kirie'. 'Kami' plak maksudnye kertas. so, Kirigami tu potong kertas. err... lebih kurang la. HAHA.

Gamba atas ni salah satu contoh Kirigami la. byk sgt cth2 kirigami yang lawa2, smart, sume ade, korang tinggal nak Google je, Hehe... aku first time pon buat berpandukan youtube. simple je, korang ikot je ape yang dye suruh. potong, lipat2, then siap, lawa plak deyy~ aku sayang je nak buang yang aku buat tu, ni ha, contoh die, ikot la, cube try sat, paling simple pnya,


simple kan, x tepike pon hasil dye jd camtu, byk lagi video2 ni kat youtube, korang cube ah try, klu bosan2 kat umah ue, tade keje dok blogging je, ape kate korang try buat Kirigami ni, puas hati tw ble dah siap ;)

Kirigami ni, lagi menarik bentuk dye, lagi susah nak buat taw, aku malas nk print dye pnye template uh, aku tiru je lukisan dye, tp kne tepat ah, br lawa~ Saje je aku nak mengisi masa lapang aku, takde la wasted cm tu je kan? ade gak kemahiran baru yang dapat blaja... Selamat mencuba... ;)

2.2.12

ada apa dengan . . .

soalan : Ada Apa Dengan . . . ?

dia? 
cinta? 
dunia? 
duit? 
kerja? 
kawan? 
tempat tu?
*(sila isi tempat kosong)
jadi, ada apa dgn sume ni?? ape masalah dorang nak menyemak dalam hidup kita? pernah x korang persoalkan? kalau kita ketengahkan soalan ni, kita hanya akan dapat dua jenis bentuk jawapan je. satu yang profesional, satu yang x profesional. Mungkin ada yang menjawab secara saintifik atau subjektif dengan penerangan panjang lebar. Tapi, bagi mereka yang x profesional n malas nak bahas menda2 mcm ni, mungkin akan jawab "tak de pape..." 

Tapikan, nak di ikutkan, mane lagi relevan jawapannye? bagi aku, "takde pape" lagi relevan kot... sebab, kalau la jawapannye nak di panjang lebarkan, sampai bila pon masalh x selesai. btol x? kan senang kalau soalan2 macam ni terkeluar kat kepala, jawapan dye simple je~ 

"takde pape..."

solution is in head. Nothing. takpayah la nak stress2 pike ada apa dengan tempat tu? hantu ke? eksiden ke? rumah terbakar ke? anggap jela hukum alam... takde pape pon... lalat terbang je... ikan berenang ke.. burung hinggap ke... ha, kan indah dunie~ ni, sume pon nak di persoalkan... siap ada lagi lagu si Melly Goslow tuu... Ada Apa Dengan Cinta... Filem indon la... adoi... so, ada apa dengan cinta? gempak bagai ada lagu la, filem la... apa yang ada? takde pape pon kann? paling2 pon putus cinta. Kan gempak uh rase sakit dye. HAHA. ok, next. korang sambung la sendiri... ada apa dengan dunia? takde pape pon... nikmat yang sementara je. pinjaman. tak lame lagi Allah amik balik. patu ape lagi? kalau kite rase kite ni useless, takde gune. cube persoalkan. Ada Apa Dengan Dia??? yang kite nak terasa2 bagai, menangis la, rase x de pape yang special, abis? ada apa dengan dia? sama je. dia pon ade mata, hidung, gigi, tangan sume pon cukup je sifat macam kita. dia ada apa? boyfriend? haha, nnt bf dye tinggalkan dye ape je yang dye ade? rumah? harta? kekayaan? ohh, abis kalau ttbe bapak dye bankrupt, umah dye terbakar ke, eksiden ke. ape je yang die tinggal? ape je ade dgn die lagi? haihh... takde pape dah dek ooi~ ada ape dgn die? result gempak? otak genius? sekali terhantuk kepala kat mana2, hilang ingatan, bengong tros, takde pape kan?


Haaa... so, korang rase jawapan "takde pape" tu cukup profesional tak? bagi aku tu la jawapan terbaik!! xD hehe... takpayah nak pike2 sangat hal2 remeh sampai nk study, kaji segala bagai sampai naik stress.

jadi, kalau ada apa2 persoalan yang terkeluar dlm kepale hotak korang yang menanyakan sesuatu yang bermula dengan " Ada Apa Dengan . . . ?" set je dlm kepala... jawapan yang pasti ;)
" Tak Ada Apa-Apa Punn... :)"

* jgn lupe, katakan dengan SenYumaN :)

menganggur

lepas SPM sume tak tahu nak buat apa dah. ade yang keje, cari duit, amek lesen, bercuti, and yang paling popular, MENGANGGUR~ hahaha... aku la tu. Okay, walaupun aku blom lepas ag SPM, tp umo aku spatutnye dah... aku je yang tertinggal sorang ni... aduhh,, malang betul~ =='

so, I suppose, skarang aku menganggur jugak lah kan?? haha
okay.. menganggur seronok ape... boleh hang out, dapat duit tanpa perlu bekerja, x penat2 cari duit hari2... deal dgn customer, paperwork... tak tensen:) ok lah kan?? hehe... tapi taraf mengaggur agak low class la... bile orang tanye, buat apa sekarang??? kalau yang dah ade income ade lg la jwpn... yg menganggur tu?? err... mst rase serba salah je nk jawab kan?? haha... klu jwb duk umah je... nnt orang tanya lagi, buat apa je kat umah??? aih.... penat nk jwb... kang aku jawab betul2 karang...

tido,
makan,
tgk tv,
on9...

ha,, puas?hahaha... tau2 jla keje orang menganggur.. nak tanya2 plak. ish, kdg2 malas gak ah nk jawab... tp dah tuhan bagi mulut kann.. jawab jela...

bagi aku, menganggur mmg best! haha, duk umah, wat ape yang kite suke.. ok what~
:D
byk btol post aku wat arine... well, 1st time ade blog kan??hahaha:P
ok lah.. nk layan spongebob squarepants kt TV a.k.a. menganggur...
:PP

mencarut

tak tahulah kenapekn, tp sllu sgt dengar orang mencarut sini sana... nak tegur kang kite plak yg kne marah..diam jla. tapi tak segan ke? kat tempat2 awam, ramai orang. contoh lah kann..semalam ak balik naik bas, berasak2 nak masuk. Alhamdulillah, dpt gak masuk walaupun x de seat. xpe la, ak sandar kt tepi tingkap je..nikmati pemandangan luar... dalam bas punyalah ramai manusia... terdengar la suara2 sumbang. boleh plak dye mencarut kuat2 depan sume orang. dah la bas tu agak sunyi. sore dorang je kuat. 


haih.. aku malu ngn bebudak zaman skang. as a youth, i was classed as one of them lah kan.. oh, malu siot... orang2 veteran kat situ pandang je bebudak uh. aku tunduk jla... tp sumpah.. mmg takde moral langsung, dah la tu, x malu plak ckp kuat2. mencapub ke hape. naseb baik sorang perempuan baye2 kitorang gak*aku rase membe dorang kot tegur dorang. ayat cam dorang gak ah, kasar. 

"Woi bising ah... diam ah!"

hmm, aku puas kejap. tapi dorang ramai kan.. balas ah.. carut2 tah ape aku pn tak paham. naseb pompuan tu garang. mmg satu bas kot dga dorang gaduh. wahh,, tegang gile kot dlm bas mase uh... bile bebudak yang takde moral uh kuar baru la tenang siket dlm bas uh.. tapi aku mmg sokong ah pompuan yg marah dorang uh. brani la... aku respek gila pompuan uh, wlupn dye freehair.

Bukannye aku ni x penah mencarut, tapi nk mencarut pn berpada2 la... ni, kat jalan nk mencarut, kat facebook nk mencarut, mane2 pn mencarut tu mst ade.. dah mcm kosa kata. respek bahasa lah weii... maruah tada ka?

haihh...manusie2..=='


=.+

rasa macam bodoh jaa..==''

ok, i have some quotes..enjoy~
:)



Some of my friend often asks, what’s life? What is the meaning of life? I can’t understand how you can keep on surviving this stupid life. Okay, that’s too much. My answer is simple. Life is a stage, where you are the main character. Hmm, you may not be the director. But you can act up your own drama by letting down the director. You maybe will make the drama and the director went all down, but you can always make better drama by your own stories of your own drama. So, I said to them, be a director. And, if some people don’t like to be in your drama, get out from my stage! This is my drama! And I’m the director. So, you can happily create your own stories and be a director of a drama and the best is, you can act out all your stories with the best acting ever. And don’t worry, no one will judge and comment on your drama, because it’s not actually a drama where other people watch it, right? I love my life. The end.:)