4.2.12

revolusi @ ilusi ?



Sejak naik tahun baru ni kerajaan byk ajak rakyat ke arah perpaduan la, kemajuan, sume la... Bermulanya program 1 Malaysia by Najib, banyaklah aktiviti-aktiviti yang di jalankan sana sini untuk rakyat. Itu sudah jelas, semestinya kita rakyat Malaysia sume sedar pasal nie. Then, bile nak dekat PRU mule la salahkan sana, salahkan sini, tak cukup itu, tak cukup ini, kerajaan tampil membantu, pembangkang goyah, rakyat di dahulukan, Najib turun padang, sumbangan kepada penduduk kampung ni, kampung sana, pembangunan. Banyaknya revolusi yang kerajaan Malaysia dah lakukan. Tahniah Kerajaan Malaysia! 

Tak kurang juga mata2 mereka yang telah di kaburi dengan cerita2 palsu dan kebaikan semata mata untuk mengaburi mata rakyat, namun rakyat kini dah boleh melihat. Kita boleh jangka berita itu palsu atau tidak. untuk kes terbaru, tentang pembebasan Anwar Ibrahim, dulu tuduh punyalah nak ghak, bukti sana, bukti sini, hot2 kes tu terbongkar plak pasal Najib dgn budak yg kene liwat uh ade kaitan, bersalam plak. Kantoi~ Pastu kerajaan pon cover2, kes Altantuya pon di tutup dgn pelancaran 1 Malaysia... Simpan2 kes kerajaan, sampai masa perbicaraan, tup2 Anwar bebas, ehh, tak hot plak tuduhan melulu kerajaan dulu? senyap jerr? ohh... menipu upenye. Ok, itu ilusi. Takpe lah kan, janji 'revolusi' kerajaan meng'ilusi'kan rakyat dah berjaya. Tambah lagi ilusi kepincangan politik pembangkang, besarkan berita tu, Anwar plak dah elok2 bebas, aduh, buat plak hubungan dengan Israel ek? Ntah, aku pn tak jelas. Revolusi apanya ni wahai negara?

Politik pn tak cukup stabil, tambah plak kewarganegaraan, wah2, ramai tol mendaftar, x pasal2 serang hendap karang, siapa boleh jangka? Slogan 'Ganyang Malaysia' dah kedengaran balik, takkan lah nak jadikan ilusi semata? Aku bukannya nak bahas pasal negara, politik whatsoeva pon, juz concern, dengan kepelbagaian dan kekayaan budaya kat Malaysia ni. Aku as rakyat Malaysia memang tabiklah bagi pemimpin2 kita yang berjaya merevolusikan negara ke arah yang lebih baik. tapi tolonglah jangan satukan revolusi dan ilusi, ia hanya memburukkan reputasi negara di mata dunia bukan? Hope pasni kerajaan tak terbitkan sebarang ilusi dalam merealisasikan revolusi yang telah dicipta bersama... :)

p/s: err...tak bercita2 lgsung nk jd politician..+.=''

No comments:

Post a Comment