7.2.12

kisah dulu-dulu

setiap makhluk yang bergelar manusia mesti ada kisah yang terdahulu. ada yang manis, ada juga yang pahit. ada yang kita nak ingat sampai bila2, ada yang kita nak lupakan secepat yang mungkin. kisah2 kehidupan inilah yang menjadi rencah kehidupan lalu membentuk diri kita yang seadanya hari ini. banyak perkara yang berlaku dalam hidup, saat yang lepas dah pun menjadi sejarah dalam hidup kita. saat yang akan datang, siapa yang tahu apa yang akan kita lalui? dan setelah bersaat-saat yang berlalu, semua tu hanyalah sejarah kehidupan.

  • zaman kecil2, semua orang suka, nak peluk, nak suap, nak mandikan, pkaikan baju, belajar berjalan... semua pun sayang, sebab kecik lagi, comel. di sukai ramai! huhu...
  • bile dah zaman pandai cakap, masukkan tadika, 5-6 tahun dah jumpe kawan2 sebaya yang baru. dunia di terokai dengan penuh gembira xD...
  • masuk pula zaman persekolahan, ini zaman kematangan, bermacam2 dugaan yang dilalui di zaman ni, zaman yang membentuk kenangan2 manis dan pahit. zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman sekolah berasrama, semua tertulis dalam warkah kehidupan. seronok buat kerja gila dengan kawan2. belajar perkara baharu, peperiksaan, banyak benda terjadi di sekeliling kita. zaman sekolah menengah dah mula nak pandai2 bercinta. suka sini, suka sana, then putus. jadi sejarah je.
zaman universiti, pekerjaan, dan alam keluarga belum lagi aku lalui, harapnya sentiasa di limpahi rahmat dan petunjuk dari Allah~ harap aku tak hanyut, sesat dari jalan kini. 

mesti dalam banyak2 zaman yang pernah dilalui, hanya satu zaman yang paling kita ingati, zaman remaja, penuh suka duka, percintaan, cinta pertama, semua orang ingat mcm mane. bahagie je... asyik senyummmemanjang... handset kat tgn x lepas2, duk main sms je. pastu abes, tau2 dah tuka orang. 

sejujurnya, aku memang senantiasa ingat perkara ni, walaupun dah lapuk dek zaman, sebab kitorang dua2 dah melangkah zaman baru, orang baru, tapi sejarah tu memang segar n xpena lapuk dek zaman. aku masih ingat setiap kali jumpa, terserempak, terpisah, bergaduh, putus. semua tu x penah lekang dari ingatan. pastu berjanji dgn diri sendiri, dah tanak couple dah, benci! rasa macam bodoh je! tup2 dah jumpe orang baru, janji dengan dia, sama sampai bila2. tau2 putus. alah, biasalah tu, tapi kalau jodoh berpanjangan tu InsyaAllah kekallah zampai bila2. 

so, teman2 seperjuangan ku sekalian, sambil kita layari bahtera kehidupan ni, sama2 lah kita kutip sebanyak2 pengajaran dalam hidup supaya x hanyut atau menyesal bile dah terlepas satu perkara. tabah lalui setiap saat dan detik perjalanan hidup kita. semua pn akan jadi sejarah dalam hidup kita~ jodoh pertemuan di tangan tuhan, bertemu dan berpisah adat manusia biasa. semoga pertemuan kita sekali ini berkekalan sampai bila2.



"Bertemu dan berpisah 
Adat manusia biasa
Hilang di mata
Tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar
Aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi
Di lain masa..."



Ukhuwah fillah!!! :)

No comments:

Post a Comment